Berkumpul di KL Sentral dan bersedia untuk bertolak pada pukul 8:00 AM
Para pelawat akan dibawa mendaftar dan mendapatkan pas pelawat/kebenaran masuk ke Pusat Konservasi Kuala Gandah. Pelawat juga disarankan untuk melawati pusat interpretif bagi mendapatkan maklumat awal berkaitan Pusat Konservasi Kuala Gandah.
Para pelawat berpeluang untuk melihat gelagat anak-anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka.
Para pelawat akan dapat menonton dokumentari berkaitan proses menyelamatkan gajah liar dari kawasan konflik ke habitat baru oleh Jabatan Perhilitan.
Pelawat akan berpeluang untuk melihat dan bergambar dari jarak dekat kumpulan gajah-gajah dewasa yang bergerak bersama mahut menuju ke kawasan aktiviti pertunjukan.
Pengenalan kepada perilaku, konservasi dan sejarah gajah di PKGK. Pelawat boleh memberi makan, menyentuh belalai dan bergambar bersama gajah sambil diberikan
penerangan oleh kakitangan bertugas.
Nota: Pusat ini tidak menyediakan program tunggangan gajah untuk hiburan. Penonton dan gajah dipisahkan oleh penghadang.
Aktiviti ini bergantung kepada keadaan cuaca, paras air sungai dan syarat-syarat lain. Terhad kepada 100 orang sehari. Pendaftaran awal perlu dibuat bagi aktiviti ini. 4 orang pelawat untuk seekor anak gajah bagi tempoh lebih kurang 2 minit. Pelawat berpeluang memerhati gelagat anak gajah sambil memberi makan dan bergambar bersama mereka.
Para tetamu akan mula bertolak untuk pulang. Di dalam perjalanan pulang, para pelawat akan dibawa makan ikan Patin Temerloh.
Para pelawat akan dijangka tiba di KL Sentral dan bersurai selepas itu.
We are the receiver of a few prestigious awards..
03-4162 8179
No. 243 B, Tingkat, 2, Jalan Bandar 13,
Taman Melawati, 53100
Kuala Lumpur, Selangor
Monday – Friday : 09:00 – 18:00
Saturday : 09:00 – 13:00
Sunday : CLOSED