Berkumpul di KL Sentral pada jam 9:00 PM dan bertolak menaiki bas ke Kelantang melalui Gua Musang.
Singgah di Masjid Beijing untuk menunaikan Solat Subuh. Para tetamu kemudiannya akan dibawa untuk bersarapan pagi. Selepas selesai bersarapan, tetamu akan dibawa untuk membeli belah di Rantau Panjang sebelum meneruskan lawatan di sekitar bandar Kota Bharu. Usai makan tengah hari, tetamu akan dibawa untuk membeli belah di Pasar Siti Khadijah. Tetamu akan mendaftar masuk hotel dan akan terus dibawa untuk membeli belah sekali lagi di Wakaf Che Yeh.
Tetamu akan mula mendaftar keluar hotel untuk bertolak ke Terengganu. Di dalam perjalanan ke sana, tetamu akan singgah di Masjid Kayu Ulul Albab yang dibina tanpa mengunakan walaupun sebatang paku. Usai lawatan, tetamu akan dibawa singgah di Pantai Menarik untuk menikmati ikan celup tepung sebagai makan tengah hari. Sesudah itu, tetamu akan dibawa melawat tempat yang menjadi kebanggaan rakyat Terengganu iaitu Masjid Kristal dan Draw Bridge. Selepas itu tetamu akan mendaftar masuk hotel.
Tetamu akan mula mendaftar keluar hotel. Tetamu kemudianya akan dibawa ke Pasar Payang untuk membeli belah. Setelah selesai, tetamu akan dibawa melawat ke Noor Arfa Batik. Selesai lawatan, tetamu akan dibawa untuk menjamu makan tengah hari dan membeli makanan kegemaran rakyat Malaysia, keropok Lekor. Usai makan tengah hari dan membeli belah, tetamu akan mula bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
We are the receiver of a few prestigious awards..
03-4162 8179
No. 243 B, Tingkat, 2, Jalan Bandar 13,
Taman Melawati, 53100
Kuala Lumpur, Selangor
Monday – Friday : 09:00 – 18:00
Saturday : 09:00 – 13:00
Sunday : CLOSED