Para peserta akan berkumpul di KL Sentral untuk bertolak ke Pulau Pinang. Peserta akan diberi masa untuk makan di RnR (perbelanjaan sendiri). Setelah tiba, peserta akan dibawa bersiar-siar sekitar bandar Georgetown. Selepas itu, peserta akan dibawa ke Tanjung City Marina untuk sesi bergambar. Usai bergambar, peserta akan dibawa pergi untuk makan tengah hari (perbelanjaan sendiri). Setelah selesai makan tengah hari, peserta akan dibawa untuk membeli belah di Pasar Chowrasta yang terkenal dengan Jeruk Madu Pak Ali dan Nasir Jeruk.
Selepas itu, tetamu akan dibawa untuk mendaftar masuk hotel dan melakukan aktiviti bebas. Tetamu akan dibawa ke Pasar Malam Batu Ferringhi untuk membeli juadah makan malam. Selesai makan malam, peserta akan dibawa pulang ke hotel untuk berehat.
Para peserta akan bersarapan di restauran Roti Bakar & Roti Canai di Transfer Road. Sesudah bersarapan, peserta akan memulakan lawatan di sekitar bandar Pulau Pinang. Setelah selesai lawatan, para peserta akan singgah untuk makan tengah hari di Nasi Kandar Line Clear di Penang Road. Selesai makan tengah hari, para peserta akan diberi masa untuk bersiar-siar di kawasan sekitar. Sesudah itu, para peserta akan dibawa untuk makan malam di Medan Selera di Padang Brown dan terus balik ke hotel.
Para peserta akan mendaftar keluar hotel dan akan dibawa bersarapan di Kapitan Restaurant di Chulia St. Sesudah bersarapan, peserta akan diberi masa untuk bersiar-siar di kawasan sekitar. Para peserta akan di bawa untuk makan tengah hari di Nasi Kandar Deen Maju ataupun Sup Hameed. Selesai makan tengah hari, para peserta akan dibawa ke Victoria Bridge untuk sesi bergambar dan bertolak pulang ke Kuala Lumpur.
We are the receiver of a few prestigious awards..
03-4162 8179
No. 243 B, Tingkat, 2, Jalan Bandar 13,
Taman Melawati, 53100
Kuala Lumpur, Selangor
Monday – Friday : 09:00 – 18:00
Saturday : 09:00 – 13:00
Sunday : CLOSED