Kuala Lumpur – Kuala Kangsar – Ipoh – Murni Camp Gopeng
Para peserta akan bertolak dari KL Sentral menuju ke Kuala Kangsar menaiki bas. Para peserta akan dibawa singgah di RnR untuk bersarapan sebelum meneruskan perjalanan ke Victoria Bridge untuk sesi bergambar. Kemudiannya, para peserta akan dibawa ke Istana Kenangan dan Istana Kuning untuk sesi bergambar sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Kangsar untuk makan tengah hari. Usai makan tengah hari, para peserta akan bertolak ke Ipoh dan akan berhenti di Concubine Lane / Gerbang Malam untuk sesi bergambar sebelum kembali meneruskan perjalanan ke Gopeng. Setelah sampai di Gopeng, para peserta akan dibawa ke Murni Camp untuk mendaftar masuk dan di berikan masa untuk melakukan aktiviti bebas. Lebih kurang pukul 8 malam, para peserta akan di hidangkan dengan makan malam.
Aktiviti Bebas di Murni Camp.
Para peserta akan dihidangkan sarapan sebelum melakukan aktiviti bebas. Makan tengah hari dan makan malam turut dihidangkan semasa aktiviti bebas .
Kellie’s Castle – Kuala Lumpur
Para peserta akan mula bersarapan sebelum mendaftar keluar. Selesai mendaftar keluar, para peserta akan terus dibawa ke Kellie’s Castle untuk sesi bergambar. Para peserta akan meneruskan perjalanan sebelum berhenti di RnR Tapah untuk makan tengah hari. Perjalanan akan diteruskan menuju ke Kuala Lumpur setelah peserta selesai makan tengah hari.
We are the receiver of a few prestigious awards..
03-4162 8179
No. 243 B, Tingkat, 2, Jalan Bandar 13,
Taman Melawati, 53100
Kuala Lumpur, Selangor
Monday – Friday : 09:00 – 18:00
Saturday : 09:00 – 13:00
Sunday : CLOSED