Para peserta akan berkumpul di KL Sentral untuk bertolak ke Pulau Pinang menaiki bas. Para peserta akan singgah di RnR untuk bersarapan sebelum meneruskan semula perjalanan. Setibanya di Pulau Pinang, peserta akan dibawa ke Restaurant Nasi Kandar Line Clear untuk makan tengahari. Sesudah makan tengahari, para peserta akan ke dibawa ke jeti Pulau Jerejak. Setibanya di Pulau Jerejak, peserta akan terus mendaftar bilik dan boleh melakukan aktiviti bebas di sekitar Pulau Jerejak.
Peserta akan bersarapan di hotel dan akan melakukan aktiviti bebas di sekitar Pulau Jerejak. Usai melakukan aktiviti bebas, peserta akan bersiap-siap untuk mendaftar keluar dari hotel dan akan ke jeti Pulau Jerejak untuk ke tanah besar dan seterusnya makan tengahari di Nasi Kandar Beratur Original atau Sup Hameed. Peserta akan dibawa untuk membeli belah di Pasar Chowrasta dan seterusnya menuju ke Georgetown untuk bersiar-siar. Kemudiannya peserta akan dibawa ke Tanjung City untuk sesi bergambar dan dijangka untuk bertolak balik ke Kuala Lumpur.
We are the receiver of a few prestigious awards..
03-4162 8179
No. 243 B, Tingkat, 2, Jalan Bandar 13,
Taman Melawati, 53100
Kuala Lumpur, Selangor
Monday – Friday : 09:00 – 18:00
Saturday : 09:00 – 13:00
Sunday : CLOSED