Hari 1 – Kuala Lumpur – Pulau Pinang
Para peserta akan berkumpul di KL Sentral untuk bertolak ke Pulau Pinang. Peserta akan diberi masa untuk makan di RnR (perbelanjaan sendiri). Setelah tiba, peserta akan dibawa bersiar-siar sekitar bandar Georgetown. Selepas itu, peserta akan dibawa ke Tanjung City Marina untuk sesi bergambar. Usai bergambar, peserta akan dibawa pergi untuk makan tengah hari (perbelanjaan sendiri). Setelah selesai makan tengah hari, peserta akan dibawa untuk membeli belah di Pasar Chowrasta yang terkenal dengan Jeruk Madu Pak Ali dan Nasir Jeruk.
Selepas itu, tetamu akan dibawa untuk mendaftar masuk hotel dan melakukan aktiviti bebas. Tetamu akan dibawa ke Pasar Malam Batu Ferringhi untuk membeli juadah makan malam. Selesai makan malam, peserta akan dibawa pulang ke hotel untuk berehat.
Hari 2 – Pulau Pinang – Kuala Lumpur
Para peserta akan mula mendaftar keluar hotel dan terus dibawa bersarapan di Transfer Road. Selesai bersarapan, tetamu akan dibawa melawat sekitar bandar Pulau Pinang dan singgah untuk makan tengah hari di Nasi Kandar Line Clear yang terletak di Penang Road. Usai makan tengah hari, peserta akan mula berkumpul untuk pulang ke Kuala Lumpur.
Pantai Cermin, Sky Mirror, Kuala Selangor
We are the receiver of a few prestigious awards..
03-4162 8179
No. 243 B, Tingkat, 2, Jalan Bandar 13,
Taman Melawati, 53100
Kuala Lumpur, Selangor
Monday – Friday : 09:00 – 18:00
Saturday : 09:00 – 13:00
Sunday : CLOSED