Call nowCall (HP)

Sakura Taiwan 5H4M

Spread the love
PENERBANGAN TARIKH PERLEPASAN BILIK
SEORANG
BILIK
BERDUA
KANAK-KANAK
BERKATIL
KANAK-KANAK
(TANPA KATIL)
China Airlines/ Eva Air 08, 15 & 22 Feb 2020 |
07, 14, 21 & 28 Mac 2020
RM4,779
RM3,990
RM3,990
RM3,579 

“PRICE QUOTED IS SUBJECT TO CHANGE DUE TO CURRENCY FLUCTUATION”

INFOATURCARAPERTANYAAN
HARI DESTINASI PESAWAT BERLEPAS TIBA
01 KUL – TAIPEI CI 722/BR 218 1425/1255 1900/1735
05 TAIPEI – KUL CI 721/BR 227 0830/0930 1315/1425


Taoyuan ● Nantou ● Sun Moon Lake ● Taipei Grand Mosque ● Taipei 101 ● Taichung ● Taipei
Shine Railway Station ● Jiufen Old Street ● Raohe Night Market ● Wufenpu

PAKEJ TERMASUK:

  • Tiket penerbangan pergi-balik kelas ekonomi termasuk cukai lapangan terbang.
  • 04 malam Penginapan di Hotel 4* beserta sarapan pagi.
  • 03 x Makan Tengahari & 04 x Makan Malam di restoran tempatan.
  • Pengangkutan bas persiaran berhawa dingin di sepanjang aturcara lawatan.
  • Pemandu pelancong berbahasa Inggeris di sepanjang aturcara lawatan.
  • Tip kepada pemandu bas pelancong.
  • Diiringi ketua rombongan yang terlatih dan professional dari Enrich Travelogue Sdn Bhd.
  • Bayaran masuk selain daripada yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • 01 x Sky Lantern untuk setiap 4 peserta (Kumpulan) Shifen Railway.

PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Insuran perjalanan (Peserta diwajibkan mengambil insuran).
  • Servis tambahan di hotel seperti dobi, snek dan mini bar dan perkhidmatan porter sekiranya tidak disediakan.
  • Surcaj tambahan kepada harga yang ditawarkan ketika waktu perayaan, puncak dan cuti sekolah (sekiranya ada dinyatakan di dalam Tarikh perlepasan).
  • Makan minum, tiket lawatan dan lawatan selain dari yang dinyatakan di dalam aturcara.
  • Bayaran tambahan bagasi.
  • Lain-lain yang dinyatakan di dalam aturcara.

PENDAFTARAN

  1. Bayaran pendaftaran RM 500.00 seorang di perlukan setelah pendaftaran di sahkan.
  2. Bayaran penuh perlu di jelaskan 45 hari sebelum tarikh perlepasan.

NOTA PENTING

  • Aturcara lawatan & jadual penerbangan tertakluk kepada perubahan dari masa ke semasa.
  • Sila ambil perhatian bahawa semua harga yang diterbitkan pada masa tempahan adalah berdasarkan pada kadar pertukaran semasa Ringgit Malaysia (MYR) dengan Dolar Amerika Syarikat (USD), Euro, Swiss Franc (CHF), dan Dolar Australia (AUD). Disebabkan ketidaktentuan nilai tukar MYR terhadap mata wang yang disebutkan di atas, harga pakej akan berubah apabila pembayaran penuh, 45 hari sebelum berlepas. Enrich Travelogue Sdn Bhd akan memastikan semua Ahli Kembara dimaklumkan sekiranya berlaku sebarang perubahan.
  • Harga yang disebutkan adalah tertakluk kepada perubahan disebabkan oleh turun naik mata wang, surcaj bahan api dan cukai lapangan terbang.
  • Pihak kami berhak untuk mengubah urutan atau perubahan, meminda atau mengubah jadual perjalanan jika perlu, dengan atau tanpa notis terlebih dahulu
  • Semua penerbangan dan hotel adalah sementara dan akan berubah sehingga pengesahan akhir.
  • Tidak semua hotel menyediakan kemudahan cerek elektrik dan seterika.
  • Tidak semua hotel mempunyai bilik untuk 3 orang. Oleh itu, katil tambahan hanya akan ditambahkan pada bilik perkongsian kembar
  • Pasport mestilah sah sekurang-kurangnya 6 bulan dari tarikh perjalanan
  • Adalah menjadi tanggungjawab perserta sendiri untuk memastikan bahawa nama mereka bersih dari senarai hitam oleh mana-mana badan pengawalseliaan di Malaysia atau destinasi yang boleh melarang perjalanan atau ketibaan di luar negara.
  • Enrich Travelogue Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab atau bertanggungjawab sekiranya mana-mana perserta di tolak untuk mengembara oleh Imigresen Malaysia. Penting: Tambang pelancongan tidak akan dikembalikan.
  • Semua hidangan yang disebutkan dalam program kami adalah sesuai untuk Muslim, KECUALI untuk sarapan pagi yang biasanya akan di hidangkan berdasarkan menu standard bufet antarabangsa.

HARI 01 : Makan Malam
KUALA LUMPUR > TAIWAN > TAOYUAN
● Berkumpul di LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA LUMPUR 03½ jam sebelum berlepas untuk urusan pendaftaran masuk penerbangan ke TAIWAN.
● Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan pada jam 1900/1735 petang, anda akan di sambut oleh pemandu pelancong kami.
Solat di Masjid At-Taqwa.
Makan malam di restoran tempatan.
Daftar masuk hotel dan bermalam di Taoyuan.

HARI 02 : Sarapan / Makan Tengahari / Makan Malam
TAOYUAN > NANTOU
● Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar.
● Meneruskan perjalanan ke Nantou.
Lawatan ke Sun Moon Lake.
Lawatan ke Formosan Aboriginal Culture Village.
● Makan tengahari di restoran tempatan.
Merasai sendiri pengalaman cara membuat kertas secara tradisional di Guan Xing Paper Mill.
Lawatan seterusnya ke Taiyi Leisure Farm untuk aktiviti seterusnya.
Makan malam di restoran tempatan.
● Kembali ke hotel dan bermalam di Nantou.

HARI 03 : Sarapan / Makan Tengahari / Makan Malam
NANTOU > TAICHUNG > TAIPEI
● Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar.
● Meneruskan perjalanan ke Taichung dan melawat Rainbow Village.
● Makan tengahari di restoran tempatan.

Merasai sendiri pengalaman cara membuat tart nenas yang terkenal di Vigor Kobo.
Lawatan dan Solat di Masjid Besar Taiwan.
Lawatan ke Taipei 101. (Obrservatory Deck NT600/pax)
● Makan malam di restoran tempatan.

● Daftar masuk hotel dan bermalam di Taipei.

HARI 04 : Sarapan / Makan Tengahari / Makan Malam
TAIPEI
● Sarapan pagi di hotel.
● Lawatan seterusnya ke Yangmingshan National Park / Tamsui Wuji Tianyuan Temple.
● Lawatan ke Shifen Railway Station dan seterusnya merasai sendiri pengalaman cara menerbangkan lantern di atas
landasan di Shifen.
● Menyusuri sekitar bandar Jiufen Old Street yang terkenal dengan ragam hias retro dan bentuk senibina China
dan Jepun.
● Meneruskan perjalanan pulang ke Taipei untuk makan malam.
● Acara seterusnya dan aktiviti membeli belah di Raohe Night Market dan Wufenfu.
● Kembali ke hotel dan bermalam di Taipei.

HARI 05 : Sarapan 
TAIPEI > KUALA LUMPUR
● Sarapan pagi di hotel dan daftar keluar.
● Bertolak ke Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan.
● Penerbangan balik ke Kuala Lumpur pada pukul 0830/0930 pagi dan tiba pada jam 1315/1425 petang.

Package Detail

 

Personal Details

 

Verification

WhatsApp WhatsApp us