Call nowCall (HP)

4H3M Wonderful Danang

(Last Updated On: 19/09/2018)
SAH SEHINGGA:
31  Disember 2018
Dari RM1,069 /seorang Private Tour
Danang ● My Son ● Hoi An ● Bana Hill

“HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN HARGA SEMASA TANPA SEBARANG NOTIS”

HARGA UNTUK SEORANG
# PESERTA 3* HOTEL 4* HOTEL
1 RM 2,369 RM 2,559
2 RM 1,549 RM 1,649
3 – 5 RM 1,369 RM 1,479
6 – 9 RM 1,139 RM 1.249
10 – 14 RM 1.069 RM 1,169
PENGINAPAN
TARAF BINTANG BANDAR HOTEL
3*
DANANG Finger @ setaraf
HOI AN Pho Hoi Riverside @ setaraf
4*
DANANG Stay Hotel @ setaraf
HOI AN Muca Hoi An @ setaraf

HARGA PAKEJ TERMASUK:

  • Penginapan selama 3 malam di hotel – berasaskan perkongsian bilik Twin / Double / Triple.
  • Sarapan pagi secara bufet.
  • Lawatan menggunakan kereta / van / bas bersama pemandu bas / pemandu pelancong berbahasa inggeris.
  • Pengangkutan berhawa dingin (Private).
  • Lawatan seperti di dalam aturcara.
  • Makan : 02 x makan tengahari & 03 x makan malam.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan.
  • 01 botol kecil air mineral setiap seorang untuk setiap hari.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Tiket penerbangan antarabangsa dan cukai lapangan terbang.
  • Perbelanjaan peribadi sepanjang lawatan.
  • Insurans pelancongan.
  • Lain-lain yang tidada didalam aturcara pakej.
  • Tip untuk pemndu pelancong / pemandu bas / van.

NOTA:

  • Harga adalah tertakluk kepada pertukaran harga matawang semasa.

HARI 01 : Makan Tengahari Makan Malam
KETIBAAN DANANG > HOI AN

Setibanya di Lapangan Terbang Danang, peserta akan disambut oleh wakil Enrich Travelogue dan terus dibawa ke Danang. Singgah di Pantai My Khe untuk bersiar-siar dan berpeluang melihat nelayan yang menangkap ikan menggunakan sampan. Makan tengahari di restoran tempatan. Pada waktu petang, peserta akan meneruskan perjalanan menuju ke Hoi An – juga dikenali sebagai Faifo semasa era perdagangan dengan negara Barat suatu masa dahulu dan Hoi An merupakan Pelabuhan utama di Asia Tenggara.  Memulakan lawatan di bandar bersejarah Hoi An dengan berjalan kaki ke Dewan Perhimpunan Cina dan Kuil Kwan atau Kuil Phuc Kien, Rumah Purba (Tan Ky atau Rumah Phung Hung), Jambatan Jepun and bilik persembahan kebudayaan: Rumah Quan Thang (Muzium Sa Huynh atau Muzium Sejarah). Makan malam dan bermalam di Hoi An.

Jarak Perjalanan: Danang > Hoi An: 35km – 30 minit.

HARI 02 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari Makan Malam
HOI AN > MY SON > DANANG

Selepas sarapan pagi, peserta dibawa ke My Son yang merupakan tanah suci bagi kerajaan purba Cham (tinggalan sejarah pusat pemerintahan purba kerajaan Cham pada abad ke-4) dan telah diwartakan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO. Masih terdapat lebih dari 70 senibina keagamaan yang masih utuh di kompleks ini. Makan tengahari di restoran tempatan. Pulang semula ke Danang untuk melawat Gunung Marmar dan Pantai Danang serta Non Nuoc Caving Stone Village. Makan malam dan bermalam di Danang.

Jarak Perjalanan: Hoi An > My Son: 145km – 1.5 jam.

HARI 03 :  Sarapan Pagi / Makan Tengahari Makan Malam
DANANG > BANA HILL
Selepas sarapan pagi, peserta dibawa ke Ba Na Hill. Menaiki kereta kabel untuk ke Ba Na Hill Resort – menikmati keindahan flora dan fauna, Dream Stream, Elephant Rock, Rainbow Waterfall dari ketinggian. Makan tengahari di restoran tempatan. Melawat Muzium Cham, menyeberangi Jambatan Thuan Phuoc untuk melawat Semenanjung Son Tra yang dikenali sebagai Gunung Monyet serta Pagoda Linh Ung. Acara bebas untuk beristirehat atau membeli-belah di sekitar bandar Danang. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Danang.

Jarak Perjalanan: Da Nang > Bana: 40km – 1 jam.

HARI 04 : Sarapan Pagi / – / –
DANANG > PENERBANGAN PULANG
Selepas sarapan pagi, acara bebas sebelum dihantar ke lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai untuk penerbangan pulang ke tanah air.

Maklumat Pakej

 

Maklumat Peribadi

 

Pengesahan

Leave a Reply

WhatsApp WhatsApp us