Call nowCall (HP)

5H4M Historical Saigon

(Last Updated On: 20/09/2018)
SAH SEHINGGA:
31  Disember 2018
Dari RM830 /seorang Private Tour & Seat In Coach (SIC)
Ho Chi Minh City ● Delta Mekong ● Terowong Cu Chi ● Membeli-belah

“HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN HARGA SEMASA TANPA SEBARANG NOTIS”

PENGINAPAN
2* Hamy, Kim Huong, Mai Vuong @ setaraf
3* Blessing 1 , Blessing Central hotel, Queen Central @ setaraf

HARGA TERMASUK:

  • Penginapan 4 malam di hotel – bilik Twin/Double/Triple.
  • Sarapan pagi secara bufet.
  • Lawatan menggunakan kereta / van / bas bersama pemandu bas / pemandu pelancong berbahasa inggeris.
  • Pengangkutan berhawa dingin (Private / SIC).
  • Lawatan seperti di dalam aturcara.
  • Makanan Halal : 03 x makan tengahari & 04 x makan malam.
  • Tiket masuk ke Terowong Cu Chi & bayaran menaiki Sampan di Delta Sungai Mekong.
  • 01 botol kecil air mineral setiap seorang untuk setiap hari.

HARGA TIDAK TERMASUK:

  • Tiket penerbangan antarabangsa dan cukai lapangan terbang.
  • Perbelanjaan peribadi sepanjang lawatan.
  • Insurans pelancongan.
  • Lain-lain yang tidada didalam aturcara pakej.
  • Tip untuk pemndu pelancong / pemandu bas / van.
  • Hotel surcaj.

POLISI KANAK-KANAK :

  • Kanak-kanak berumur kurang dari 10 tahun dengan katil tambahan dan berkongsi bilik dengan ibu bapa dikenakan harga 75% daripada harga orang dewasa.
  • Kanak-kanak berumur kurang dari 10 tahun tanpa katil tambahan dan berkongsi bilik dengan ibu bapa dikenakan harga 50% daripada harga orang dewasa.
  • Bayi berumur 4 tahun ke bawah berkongsi bilik yang sama dengan ibu bapa adalah percuma.

NOTA:

  • Tambahan makan tengahari atau makan malam (RM 40.00/sekali makan).
  • Hotel surcaj.
  • HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN HARGA MATA WANG ASING.

HARI 01 : Makan Malam
KETIBAAN HO CHI MINH CITY
Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat, Peserta akan disambut oleh wakil Enrich Travelogue dan terus dibawa untuk daftar masuk ke hotel untuk berehat.

Jarak Perjalanan: Lapangan Terbang Antarabangsa Tan Son Nhat > Bandar Ho Chi Minh: 20km – 20 minit..

HARI 02 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
HO CHI MINH CITY TOUR
Selepas sarapan pagi di hotel, peserta dibawa untuk lawatan bandaraya Ho Chi Minh – lawatan ke Muzium Perang, Hard Rock Café, Pejabat Pos, Dewan Bandaraya dan makan tengahari di restoran halal tempatan. Meneruskan lawatan dengan aktiviti membeli-belah di Linda Wholesale, Mai Collection, Hawa Collection, Kipling Store, Daina Collection. Pulang ke hotel dan makan malam di restoran halal tempatan.

HARI 03 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
DELTA MEKONG
Selepas sarapan pagi di hotel, memulakan perjalanan selama 90 minit dari bandaraya Ho Chi Minh untuk ke My Tho. Tiba dan menaiki bot untuk ke daerah Ben Tre sambil menikmati pemandangan rumah terapung nelayan dan melepasi beberapa buah pulau (dragon, unicorn, turtle dan phoenix). Peserta akan dibawa melawat tempat pembuatan gula-gula yang diperbuat daripada kelapa, bergambar bersama ular sawa, menikmati suasana perkampungan tempatan dan menaiki Kereta Kuda untuk ke pasar tempatan. Selepas itu, peserta akan dibawa menaiki bot menuju ke Pulau Unicorn untuk makan tengahari di restoran halal tempatan dan solat. Meneruskan lawatan dengan melawat Ladang Penternakan Lebah sambil menikmati air teh madu. Meniki sampan menyusuri anak sungai dan melawat Ladang buah-buahan. Menikmati buah-buahan yang disediakan sambil menyaksikan persembahan nyanyian tradisional tempatan. Singgah di kilang telekung, kain, Bokitta dan Neelofa shawl sebelum pulang ke Bandaraya Ho Chi Minh. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Ho Chi Minh.

HARI 04 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
TEROWONG CU CHI
Sarapan pagi di hotel. Peserta dibawa untuk lawatan ke Terowong Cu Chi sambil menikmati pemandangan sawah padi dan ladang getah di sepanjang perjalanan. Disini peserta berpeluang untuk merasai kehidupan pejuang gerila di dalam Terowong. Peserta akan menyusuri ke dalam terowong Cu Chi dan mengalami sendiri bagaimana kesulitan yang ditempuhi dan di alami waktu pengeboman semasa perang Vietnam dan menyaksikan peninggalan waktu perang. Peserta juga berpeluang untuk mencuba menembak menggunakan senapang, mencuba makanan yang di makan oleh para pejuang gerila, menyaksikan dokumentari mengisahkan bagaimana para pejuang menggali terowong 20 tahun dahulu yang menjangkau sejauh 200 kilometer. Pulang ke Ho Chi Minh dan makan tengahari di restoran halal tempatan. Pulang ke hotel dan makan malam direstoran halal tempatan, Aktiviti bebas untuk membeli-belah di Pasar Malam berhampiran.

HARI 05 :  Sarapan Pagi / – / –
HO CHI MINH > PENERBANGAN PULANG
Selepas sarapan pagi di hotel, Peserta berpeluang untuk membeli-belah di Pasar Ben Thanh sebelum di bawa ke Lapangan Terbang untuk penerbangan pulang.

Maklumat Pakej

 

Maklumat Peribadi

 

Pengesahan

Leave a Reply

WhatsApp WhatsApp us