Pakej Umrah 2017 / 2018

Harga tertakluk kepada pindaan Syarikat Penerbangan dan hotel penginapan serta pertukaran matawang semasa. Visa dan tarikh adalah tertakluk kepada Kaunselor Kedutaan Saudi Kuala Lumpur.”

HARGA PAKEJ ADALAH TERMASUK:

  • Tiket penerbangan antarabangsa pergi dan balik kelas ekonomi.
  • Penginapan di hotel Makkah & Madinah.
  • Makan dan minum 3x sehari.
  • Pengangkutan di tanah suci.
  • Yuran permohonan visa.
  • Mutawwif dari Malaysia.
  • Cenderahati kelengkapan umrah – Beg troli (saiz kargo), Beg sling, Beg string, Beg goodies, Kad Matrik, Buku Doa, Buku Manual Umrah, Tag Bag, Button Badge & Sticker Air Zam-zam.
  • Sebotol air zam-zam 5 liter.
  • Percuma – kursus bimbingan umrah.

Jemaah yang mahu tunaikan umrah kali kedua dalam tempoh tiga tahun Hijrah akan dikenakan visa RM2,250.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN:

  • Passport antarabangsa yang sah 6 bulan dari tarikh berlepas sehingga peserta kembali ke tanahair dengan 6 muka surat kosong.
  • 4 keping gambar warna berukuran 4cm x 6cm, latarbelakang berwarna putih dan saiz muka di gambar 80%. Tidak memakai kopiah atau songkok.
  • Buku/ Surat suntikan meningitis ACYW135 dari hospital kerajaan atau klinik swasta.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN: Bagi wanita bawah 45 tahun

  • Jika pergi bersama suami : Salinan surat nikah (suami-isteri) yang disahkan dan dicop Pegawai Nikah Cerai Pejabat Agama.
  • Jika pergi bersama ayah : Salinan surat beranak anak yang disahkan dan dicop Jabatan Pendaftaran Negara.
  • Jika pergi bersama bapa saudara : Salinan surat beranak anak, ayah dan bapa saudara yang disahkan dan dicop Jabatan Pendaftaran Negara serta surat pemberian kebenaran oleh bapa.
  • Jika pergi bersama abang atau adik lelaki yang berumur 18 tahun ke atas : Salinan surat beranak kedua-dua adik beradik yang disahkan dan dicop Jabatan Pendaftaran Negara serta surat pemberian kebenaran oleh bapa.

MAKLUMAT TAMBAHAN (PENTING):

  • Anak lelaki berumur dibawah 13 tahun dan anak perempuan dibawah umur 18 tahun – Ibu mesti ikut serta mengerjakan Umrah.
  • Wanita dibawah 45 tahun dan lelaki dibawah 18 tahun – WAJIB pergi bersama mahram lelaki berumur melebihi 18 tahun.
  • Wanita yang dikira cukup umur 45 tahun dan bagi lelaki 18 tahun adalah mengikut bulan lahir dan bukannya tahun.
  • Pasport yang tiada nama bapa perlu buat pengesahan di Imigresen pada passport atau sertakan kad pengenalan original jika memang tiada nama bapa.
  • Pembalut (cover) passport selain warna passport antarabangsa Malaysia (merah) tidak dibenarkan,kecuali warna jernih.
  • Anak angkat hanya boleh bermahram kepada bapa angkat yang tertulis nama pada sijil anak angkat.

Bahagian Pengesahan Untuk Dokumen:

  • Salinan Sijil Nikah/Cerai
    – Pengesahan salinan sijil nikah hanya dari Bahagian Nikah/Cerai /Rujuk atau Pejabat Qadi sahaja yang diterima oleh Wisma Putra.
    – Salinan sijil nikah untuk ibu yang berumur 45 tahun keatas wajib ada pengesahan dari Bahagian Nikah/Cerai & Rujuk atau Qadi sekiranya membawa anak yang berumur di bawah 13 tahun.
  • Salinan Sijil Lahir/Sijil Kematian/Sijil Anak Angkat
    – Jabatan Pendaftaran Negara.
    – Wisma Putra.
  • Consent Letter (Consent Letter hanya waris sebelah bapa sahaja)
    – Consent Letter perlu pengesahan dari Pesuruhjayasumpah yang beragama Islam.
    – Wisma Putra

CONTOH MAHRAM YANG DIBENARKAN DAN DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

HOTEL MAKKAH : AJWAD AJYAD (450M) | SARAYA AJYAD (250M)

HOTEL MADINAH : CONCORD HOTEL (100M)

Maklumat Pakej

 

Maklumat Peribadi

 

Verification

(Last Updated On: 06/10/2017)