Call nowCall (HP)

4H3M Nha Trang

(Last Updated On: 19/09/2018)
SAH SEHINGGA:
31  Disember 2018
Dari RM1,119 /seorang Private Tour
Nha Trang ● Three Islands ● Lawatan Bandar

“HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN HARGA SEMASA TANPA SEBARANG NOTIS”

PENGINAPAN
BANDAR HOTEL TARAF BINTANG
NHA TRANG Majestic Nha Trang @ setaraf 3*
The Light Hotel @ setaraf 4*
Muong Thanh Nha Trang @ setaraf 5*

HARGA PAKEJ TERMASUK:

  • Penginapan 3 malam di hotel – bilik Twin/Double/Triple.
  • Sarapan pagi secara bufet.
  • Lawatan menggunakan kereta / van / bas bersama pemandu bas / pemandu pelancong berbahasa inggeris.
  • Pengangkutan berhawa dingin (Private).
  • Lawatan seperti di dalam aturcara.
  • Makan : 03 x makan tengahari & 03 x makan malam.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan.
  • 01 botol kecil air mineral setiap seorang untuk sehari.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Tiket penerbangan antarabangsa dan cukai lapangan terbang.
  • Perbelanjaan peribadi sepanjang lawatan.
  • Insurans pelancongan.
  • Lain-lain yang tidada didalam aturcara pakej.
  • Tip untuk pemndu pelancong / pemandu bas / van.

HARI 01 : Makan Tengahari / Makan Malam
KETIBAAN NHA TRANG
Setibanya di Lapangan Terbang Cam Ranh (CXR), peserta akan disambut oleh wakil Enrich Travelogue dan terus dibawa ke restoran tempatan untuk makan tengahari. Selepas itu peserta dibawa melawat Kuil Po Nagar yang lebih dikenali sebagai Thap Ba (the Lady of the City), yang merupakan tinggalan purba Tamadun Cham yang dibina pada kurun ke 8. Daftar masuk ke hotel, makan malam dan bermalam di Nha Trang.

Jarak Perjalanan: Lapangan Terbang Cam Ranh – Nha Trang: 35km – 45 minit perjalanan.

HARI 02 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
NHA TRANG THREE ISLANDS
Selepas sarapan pagi, peserta dibawa menuju ke Pelabuhan Cau Da dan menaiki bot menuju ke Three Islands di Nha Trang. Bandar kecil di pesisiran pantai ini dikelilingi oleh pulau dan pantai yang cantik. Dengan air kebiruan yang jernih dan eko-sistem dasar laut yang mempersonakan serta jarak penglihatan di dalam laut yang jelas, menjadikan Pulau Ho Mun sebagai syurga bagi penyelam scuba dan aktiviti snorkeling. Bertolak ke Pulau Hon Mot dan mencuba buah-buahan di sepanjang pantai. Meneruskan perjalanan ke Pulau Hom Tam dan makan tengahari. Bertolak pulang ke Pelabuhan Cau Da. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Nha Trang.

HARI 03 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
NHA TRANG LAWATAN BANDAR
Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Pagoda Long Son dan Gereja French Stone, yang dibina semasa penjajahan kerajaan Perancis. Acara bebas untuk lawatan sendiri dan membeli-belah di Pasar Dam, yang merupakan pasar utama di Nha Trang. Makan malam dan bermalam di Nha Trang.

HARI 04 : Sarapan Pagi / – / –
NHA TRANG > PENERBANGAN PULANG
Selepas sarapan pagi, daftar keluar hotel. Peserta terus di bawa ke Lapangan Terbang untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Maklumat Pakej

 

Maklumat Peribadi

 

Pengesahan

Leave a Reply

WhatsApp WhatsApp us