Call nowCall (HP)

4H3M Beautiful Danang

(Last Updated On: 20/09/2018)
SAH SEHINGGA:
31  Disember 2018
Dari RM1,079 /seorang Private Tour
Danang ● Hue ● Hoi An ● Bana Hill

“HARGA ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN HARGA SEMASA TANPA SEBARANG NOTIS”

HARGA UNTUK SEORANG
# PESERTA HOTEL 3* HOTEL 4*
1 RM 2,479 RM 2,649
2 RM 1,589 RM 1,679
3 – 5 RM 1,379 RM 1,459
6 – 9 RM 1,129 RM 1.209
10 – 14 RM 1.079 RM 1,159
PENGINAPAN
TARAF BINTANG BANDAR HOTEL
3* DANANG Finger @ setaraf
HUE Jasmine @ setaraf
HOI AN Pho Hoi Riverside @ setaraf
4* DANANG Stay Hotel @ setaraf
HUE Romance @ setaraf
HOI AN Muca Hoi An @ setaraf

HARGA PAKEJ TERMASUK:

  • Penginapan 3 malam di hotel – bilik Twin/Double/Triple.
  • Sarapan pagi secara bufet.
  • Lawatan menggunakan kereta / van / bas bersama pemandu bas / pemandu pelancong berbahasa inggeris.
  • Pengangkutan berhawa dingin (Private).
  • Lawatan seperti di dalam aturcara.
  • Makan : 03 x makan tengahari & 03 x makan malam.
  • Tiket masuk ke tempat lawatan.
  • 01 botol kecil air mineral setiap seorang untuk setiap hari.

HARGA PAKEJ TIDAK TERMASUK:

  • Tiket penerbangan antarabangsa dan cukai lapangan terbang.
  • Perbelanjaan peribadi sepanjang lawatan.
  • Insurans pelancongan.
  • Lain-lain yang tidada didalam aturcara pakej.
  • Tip untuk pemndu pelancong / pemandu bas / van.
  • Hotel surcaj.

HARI 01 : Makan Tengahari / Makan Malam
KETIBAAN DANANG > HUE
Setibanya di Lapangan Terbang Danang, peserta akan disambut oleh wakil Enrich Travelogue. Seterusnya peserta dibawa untuk makan tengahari di restoran tempatan. Peserta dibawa ke Hue yang mengambil masa 4 jam untuk sampai ke destinasi. Singgah di Hai Van Pass bagi menyaksikan keindahan pemandangan pergunungan, pantai dan perkampungan yang dipenuhi dusun buah-buahan. Pada petangnya, peserta dibawa menaiki bot menyusuri Perfume River untuk melawat Pagoda 7 tingkat, Thien Mu, Imperial Citadel dan Imperial Museum. Didalam Imperial City terdapat Purple Forbidden City yang fungsinya bersamaan dengan Forbidden City di Cina. Makan malam dan bermalam di Hue.

Jarak Perjalanan: Danang > Hue: 100km – 2.5 jam.

HARI 02 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
HUE > HOI AN
Sarapan pagi di hotel. Memulakan lawatan ke Makam Diraja (Makam Tu Duc, Khai Dinh dan Minh Mang) dimana memaparkan estetika dan senibina Budha di Vietnam. Seterusnya di bawa melawat tempat pembuatan topi berbentuk kon dan pembuatan setanggi serta membeli-belah di Pasar Dong Ba. Pada waktu petang, peserta akan meneruskan perjalanan menuju ke Hoi An – juga dikenali sebagai Faifo semasa era perdagangan dengan negara Barat suatu masa dahulu dan Hoi An merupakan Pelabuhan utama di Asia Tenggara.  Memulakan lawatan di bandar bersejarah Hoi An dengan berjalan kaki ke Dewan Perhimpunan Cina dan Kuil Kwan atau Kuil Phuc Kien, Rumah Purba (Tan Ky atau Rumah Phung Hung), Jambatan Jepun and bilik persembahan kebudayaan: Rumah Quan Thang (Muzium Sa Huynh atau Muzium Sejarah). Makan malam dan bermalam di Hoi An.

Jarak Perjalanan: Hue > Hoi An: 125km – 2.5 jam.

HARI 03 : Sarapan Pagi / Makan Tengahari / Makan Malam
HOI AN > BANA HILL > DANANG
Selepas sarapan pagi, peserta dibawa ke Ba Na Hill. Menaiki kereta kabel untuk ke Ba Na Hill Resort – menikmati keindahan flora dan fauna, Dream Stream, Elephant Rock, Rainbow Waterfall dari ketinggian. Makan tengahari di restoran tempatan. Melawat Muzium Cham, menyeberangi Jambatan Thuan Phuoc untuk melawat Semenanjung Son Tra yang dikenali sebagai Gunung Monyet serta Pagoda Linh Ung. Acara bebas untuk beristirehat atau membeli-belah di sekitar bandar Danang. Makan malam di restoran tempatan dan bermalam di Danang.

Jarak Perjalanan: Da Nang > Bana: 40km – 1 jam.

HARI 04 : Breakfast / – / –
DANANG > PENERBANGAN PULANG
Selepas sarapan pagi, acara bebas sebelum dihantar ke lapangan Terbang Antarabangsa Noi Bai untuk penerbangan pulang ke tanah air.

Maklumat Pakej

 

Maklumat Peribadi

 

Pengesahan

Leave a Reply

WhatsApp WhatsApp us